BAB 1--- KONSEP KENEGARAAN
Konsep Negara
Negara:
• Suatu kelompok masyarakat yang mediami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan.
Ciri-ciri:
• Penduduk tetap
• Sempadan
• Kerajaan yang teratur
• Kedaulatan
• Ideology sendiri
• Sistem pemerintahan yang ditentukan sendiri
Malaysia Sebagai Sebuah Negara
Malaysia:
• Sebuah negara berdaulat yang terletak di rantau Asia Tenggara
• Terdiri daripada sebuah Kerajaan Pusat, 13 buah kerajaan negeri, 3 buah Wilayah Persekutuan
Ciri-ciri Malaysia:
• Pemerintahan demokrasi
• Masyarakat yang berbilang kaum
• Sempadan
• Bebas daripada pemerintahan asing
• Mempunyai kedaulatan, raja dan pemerintah yang berdedikasi
• Mempunyai ciri-ciri kenegaraan
Sistem Kerajaan
Kerajaan Kesatuan
• Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dominant berbanding Kerajaan Negeri
• Kerajaan Pusat boleh membatalkan sebarang perudangan yang diluluskan oleh mana-mana peringkat kerajaan dalam sebuah negara
Kerajaan Konfederasi
• Kuasa pemerintahan terletak di bawah penguasaan Kerajaan Negeri
• Kerajaan Negeri mempunyai kuasa pentadbiran yang lebih tinggi
• Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang terhad
• Wujud atas dasar perjanjian longgar antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri
• Tidak wujud pada masa ini
Kerajaan Persekutuan
• Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan bergabung melaksanakan pentadbiran dan pemerintahan negara
• Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan tertentu yang dijamin oleh perlembagaan dan undang-undang
• Kesemua peringkat kerajaan menjalankan bidang kuasa mereka tanpa gangguan peringkat lain tapi masih dipantau oleh Kerajaan Persekutuan dalam beberapa hal
| Jenis Kerajaan | Kuasa Pemerintahan | Contoh Negara |
| Kerajaan Kesatuan ![]() | • Kerajaan Pusat menguasai pentadbiran dan perundangan • Kerajaan Negeri mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat | • Great Britain • New Zealand • Malayan Union (tahun 1946) |
| Kerajaan Konfederasi ![]() | • Kerajaan Negeri menguasai pentadbiran dan perundangan • Kuasa Kerajaan Pusat sangat terhad | • Negeri-negeri Selatan Amerika Syarikat |
| Kerajaan Persekutuan ![]() | • Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bergabung melaksanakan pentadbiran negara | • India • Malaysia • Amerika Syarikat • Australia |
Jenis-jenis Kerajaan
| Jenis-jenis Kerajaan | Ciri-ciri | Contoh |
| Monarki | • Kuasa Penuh terletak di tangan raja • Raja sangat berkuasa dan membuat keputusan sendiri • Raja mempunyai kata putus • Tiada parti politik | • Brunei Darussalam |
| Autokrasi | • Diperintah oleh individu atau badan politik • Penduduk diperintah secara dan dihukum jika tidak menurut perintah | Negara Komunis • Cuba • Korea Utara |
| Totalitarian | • Pemilihan pemimpin bagi mengekalkan ideologinya • Mempunyai banyak tanah jajahan • Arahan pemimpin tidak boleh ditentang • Pemimpin mempunyai kuasa mutlak | |
| Sosialis | • Bersifat kemasyarakatan (mengutamakan rakyat jelita terutama golongan berpendapatan rendah) • Tidak mementingkan hak perorangan tetapi milik negara • Kegiatan ekonomi terhad | • Algeria • Laos |
| Repulik | • Mempunyai presiden • Tiada raja yang memerintah negara • Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa • Perdana Menteri dilantik untuk mrntadbir negara | • India • Singapura |
| Komunis | • Semua anggota masyarakat adalah sama daripada aspek sosial • Tiada percaya akan kewujudan Tuhan • Menghalalkan kekerasan untuk mencapai tujuan • Ekonomi dimiliknegarakan untuk kepentingan bersama | • Korea Utara |
| Demokrasi Berparlimen | • Pemimpin dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya • Setiap rakyat mempunyai persamaan hak • Menegakkan konsep kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat • Raja ialah ketua negara • Perdana Menteri ialah ketua kerajaan • Mempunyai kebebasan bersuara • Terdapat juga negara yang mempunyai ketua eksekutif yang bergelar Presiden | • Malaysia • Thailand |
Pengasingan Kuasa
• Merupakan ciri utama demokrasi – pengamalan doktrin pengasingan kuasa
• Doktrin pengasingan kuasa dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis yang mengutarakan pembahagian kuasa kepada tiga badan bebas, iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman
• Ketiga-tiga badan ini hanya melaksanakan bidang kuasanya dan tidak menjalankan kuasa badan-badan lain.
• Tujuan – untuk mengelakkan pemusatan kuasa pada sesuatu pihak tertentu sahaja
Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia
• Berbeza dengan doktrin asal kerana menekankan kuasa secara relatiF antara ketiga-tiga badan yang bebas
Ciri-ciri saling kebergantungan (relatif) antara ketiga-tiga badan tersebut:
• Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara yang berkuasa dalam badan perundangan, badan kehakiman
• Perdana Menteri dan Kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli Parlimen yang terlibat dalam membuat dan menggubal undang-undang
• Penguam Negara turut diberi kuasa istimewa oleh Parlimen dalam hal-ehwal pemerintahan dan perundangan
• Di peringkat negeri pula, raja, sultan atau Yang Dipertua Negeri menjadi ketua negeri dalam tiga badan berkenaan
• Menteri Besar atau Ketua Menteri serta Majlis Mesyuarat Kerajaan merupakan ahli dewan Undangan Negeri
Pembahagian Kuasa
| Badan Perundangan (Legislatif) | Badan Pentadbiran (Eksekutif) | Badan Kehakiman (Judisiari) |
| • Pada peringkat persekutuan ialah Majlis Parlimen yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat • Pada peringkat negeri ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) • Berperanan untuk membuat dan menggubal undang-undang | • Pada peringkat persekutuan ialah Kabinet (jemaah Menteri) yang melaksankan dasar kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri, kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan badan awam • Pada peringkat negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) yang melaksanakan dasar kerajaan melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kementerian (di Sabah dan Sarawak) • Berperanan untuk merumuskan dan melaksasnakan dasar-dsar kerajaan | • Pada peringakat persekutuan dan negeri dibahagikan kepada Mahkamah Atasan, Mahkamah Bawahan, Mahkamah Khas serta badan pengadilan atau tribunal • Berperanan untuk menyemak undang-undang,melaksankan keadilan, membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri serta mengistiharkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Negeri sebagai tidak sah |



Baguss
BalasPadam