Jumaat, 28 Oktober 2011

Pengajian Am


BAB 1--- KONSEP KENEGARAAN

Konsep Negara
Negara:
  Suatu kelompok masyarakat yang mediami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan.
Ciri-ciri:
  Penduduk tetap
  Sempadan
  Kerajaan yang teratur
  Kedaulatan
  Ideology sendiri
  Sistem pemerintahan yang ditentukan sendiri


Malaysia Sebagai Sebuah Negara
Malaysia:
  Sebuah negara berdaulat yang terletak di rantau Asia Tenggara
  Terdiri daripada sebuah Kerajaan Pusat, 13 buah kerajaan negeri, 3 buah Wilayah Persekutuan
Ciri-ciri Malaysia:
  Pemerintahan demokrasi
  Masyarakat yang berbilang kaum
  Sempadan
  Bebas daripada pemerintahan asing
  Mempunyai kedaulatan, raja dan pemerintah yang berdedikasi
  Mempunyai ciri-ciri kenegaraan


Sistem Kerajaan
Kerajaan Kesatuan
  Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dominant berbanding Kerajaan Negeri
  Kerajaan Pusat boleh membatalkan sebarang perudangan yang diluluskan oleh mana-mana peringkat kerajaan dalam sebuah negara

Kerajaan Konfederasi
  Kuasa pemerintahan terletak di bawah penguasaan Kerajaan Negeri
  Kerajaan Negeri mempunyai kuasa pentadbiran yang lebih tinggi
  Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang terhad
  Wujud atas dasar perjanjian longgar antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri
  Tidak wujud pada masa ini

Kerajaan Persekutuan
  Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan bergabung melaksanakan pentadbiran dan pemerintahan negara
  Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan tertentu yang dijamin oleh perlembagaan dan undang-undang
  Kesemua peringkat kerajaan menjalankan bidang kuasa mereka tanpa gangguan peringkat lain tapi masih dipantau oleh Kerajaan Persekutuan dalam beberapa hal
Jenis Kerajaan
Kuasa Pemerintahan
Contoh Negara
Kerajaan Kesatuan
  Kerajaan Pusat menguasai pentadbiran dan perundangan
  Kerajaan Negeri mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat

  Great Britain
  New Zealand
  Malayan Union (tahun 1946)

Kerajaan Konfederasi
  Kerajaan Negeri menguasai pentadbiran dan perundangan
  Kuasa Kerajaan Pusat sangat terhad




  Negeri-negeri Selatan Amerika Syarikat
Kerajaan Persekutuan
  Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bergabung melaksanakan pentadbiran negara



  India
  Malaysia
  Amerika Syarikat
  Australia

Kerajaan Pusat
*Kerajaan Negeri


Jenis-jenis Kerajaan

Jenis-jenis Kerajaan
Ciri-ciri
Contoh
Monarki
  Kuasa Penuh terletak di tangan raja
  Raja sangat berkuasa dan membuat keputusan sendiri
  Raja mempunyai kata putus
  Tiada parti politik
  Brunei Darussalam
Autokrasi
  Diperintah oleh individu atau badan politik
  Penduduk diperintah secara dan dihukum jika tidak menurut perintah
Negara Komunis
  Cuba
  Korea Utara
Totalitarian
  Pemilihan pemimpin bagi mengekalkan ideologinya
  Mempunyai banyak tanah jajahan
  Arahan pemimpin tidak boleh ditentang
  Pemimpin mempunyai kuasa mutlak

Sosialis
  Bersifat kemasyarakatan (mengutamakan rakyat jelita terutama golongan berpendapatan rendah)
  Tidak mementingkan hak perorangan tetapi milik negara
  Kegiatan ekonomi terhad
  Algeria
  Laos
Repulik
  Mempunyai presiden
  Tiada raja yang memerintah negara
  Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
  Perdana Menteri dilantik untuk mrntadbir negara
  India
  Singapura
Komunis
  Semua anggota masyarakat adalah sama daripada aspek sosial
  Tiada percaya akan kewujudan Tuhan
  Menghalalkan kekerasan untuk mencapai tujuan
  Ekonomi dimiliknegarakan untuk kepentingan bersama
  Korea Utara
Demokrasi Berparlimen
  Pemimpin dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
  Setiap rakyat mempunyai persamaan hak
  Menegakkan konsep kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat
  Raja ialah ketua negara
  Perdana Menteri ialah ketua kerajaan
  Mempunyai kebebasan bersuara
  Terdapat juga negara yang mempunyai ketua eksekutif yang bergelar Presiden
  Malaysia
  Thailand



Pengasingan Kuasa
  Merupakan ciri utama demokrasi – pengamalan doktrin pengasingan kuasa
  Doktrin pengasingan kuasa dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis yang mengutarakan pembahagian kuasa kepada tiga badan bebas, iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman
  Ketiga-tiga badan ini hanya melaksanakan bidang kuasanya dan tidak menjalankan kuasa badan-badan lain.
  Tujuan – untuk mengelakkan pemusatan kuasa pada sesuatu pihak tertentu sahaja



Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia
  Berbeza dengan doktrin asal kerana menekankan kuasa secara relatiF antara ketiga-tiga badan yang bebas
Ciri-ciri saling kebergantungan (relatif) antara ketiga-tiga badan tersebut:
  Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara yang berkuasa dalam badan perundangan, badan kehakiman
  Perdana Menteri dan Kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli Parlimen yang terlibat dalam membuat dan menggubal undang-undang
  Penguam Negara turut diberi kuasa istimewa oleh Parlimen dalam hal-ehwal pemerintahan dan perundangan
  Di peringkat negeri pula, raja, sultan atau Yang Dipertua Negeri menjadi ketua negeri dalam tiga badan berkenaan
  Menteri Besar atau Ketua Menteri serta Majlis Mesyuarat Kerajaan merupakan ahli dewan Undangan Negeri







Pembahagian Kuasa

Badan Perundangan
(Legislatif)
Badan Pentadbiran
(Eksekutif)
Badan Kehakiman
(Judisiari)
  Pada peringkat persekutuan ialah Majlis Parlimen yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat
  Pada peringkat negeri ialah Dewan Undangan Negeri (DUN)
  Berperanan untuk membuat dan menggubal undang-undang
  Pada peringkat persekutuan ialah Kabinet (jemaah Menteri) yang melaksankan dasar kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri, kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan badan awam
  Pada peringkat negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) yang melaksanakan dasar kerajaan melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kementerian (di Sabah dan Sarawak)
  Berperanan untuk merumuskan dan melaksasnakan dasar-dsar kerajaan
  Pada peringakat persekutuan dan negeri dibahagikan kepada Mahkamah Atasan, Mahkamah Bawahan, Mahkamah Khas serta badan pengadilan atau tribunal
  Berperanan untuk menyemak undang-undang,melaksankan keadilan, membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri serta mengistiharkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Negeri sebagai tidak sah
                                                                                                                

1 ulasan: